Frog VLE merupakan suatu sistem pembelajaran maya berasaskan web (web-based virtual learning system) bagi
seluruh warga sekolah, khususnya kepada para pelajar, ibu bapa /
penjaga dan guru. VLE sendiri membawa maksud persekitaran
pembelajaran maya (virtual learning environment ).
Jika anda biasa dengan paparan blog (seperti Blogger, WordPress dll)
atau laman web / portal CMS (seperti Joomla, Moodle dll), sudah
tentunya anda tidak berasa kekok dengan antaramuka portal Frog VLE ini. Projek
Frog VLE ini dipilih memandangkan ia mudah diakses, diuruskan, mesra
pengguna (user friendly) dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem
pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar
dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah
maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan
menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan
dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan
pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar
sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.
Frog
VLE ini boleh diakses dalam kawasan sekitar sekolah atau luar sekolah (di mana-mana tempat). Disekolah, kandungan internet akan ditapis bagi
memastikan persekitaran maya yang diakses adalah selamat dan berunsurkan
positif. Blog atau laman web / portal yang berunsur negatif, provokasi,
lucah dan sebagainya akan disekat (block) daripada diakses. Memandangkan Frog VLE juga mengguna pakai teknologi awan (cloud),
maka ia boleh diakses di mana jua anda berada. data yang disimpan juga
mudah diakses di mana jua berada dan boleh diakses pada bila-bila masa
tanpa batasan waktu. Pengguna bebas mengakses dan mendaftar masuk (login ID) portal Frog VLE secara percuma menerusi rangkaian Yes atau 'hotspot' Yes.
No comments:
Post a Comment